JAKARTA – Seorang wanita di Palembang, wilayah Sumatera Selatan mengundang perhatian pengguna media sosial apabila memakai barangan kemas di seluruh tubuhnya, lapor portal berita Lambe Turah.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @bangqjay memaparkan wanita itu menayangkan perhiasan emas yang dipakai daripada leher hingga pergelangan tangannya.
Bukan itu sahaja, jari jemarinya juga dihiasi dengan cincin emas ‘gergasi’.
Selain emas, dia juga menayangkan sijil ketulenan emas atau lebih dikenali sebagai ‘sijil lahir’.
Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Beria tayang tetapi emas palsu,” kata seorang netizen.
“Tidak takut kena rompak?” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI















