fbpx
TANGKAP layar video tular memaparkan dua buah jet ski bertembung di Sungai Melaka.

Video tular jet ski bertembung adalah aksi pengambaran filem

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menjelaskan video yang tular memaparkan insiden perlanggaran jet ski di Sungai Melaka sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi hanyalah aksi bagi pengambaran sebuah produksi filem.

Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM, Shaharul Azuar Idris berkata, aksi berbahaya itu merupakan sebahagian daripada babak yang rakamkan antara 26 hingga 28 November 2025 dan bukannya insiden kecemasan seperti yang diandaikan.

Katanya, semakan bersama pihak produksi juga telah mengesahkan bahawa adegan perlanggaran jet ski itu telah dirancang lebih awal serta melibatkan pelakon dan kru profesional yang berpengalaman mengendalikan penggambaran di kawasan air.

“Bagi memastikan tahap keselamatan optimum, pasukan perubatan, petugas kesihatan serta ambulans berada di lokasi sepanjang penggambaran, dengan kesiapsiagaan penuh sekiranya berlaku kecederaan atau kecemasan.

“Kami juga ingin menjelaskan bahawa tiada insiden kemalangan jiwa sepanjang penggambaran tersebut. Semua adegan dijalankan secara terancang dan terkawal,” katanya.

Dalam pada itu, Shaharul turut menegur penyebaran maklumat tidak tepat di media sosial yang telah menimbulkan kekeliruan dan tidak menggambarkan keadaan sebenar di lokasi berkenaan.

“PPSPM menasihatkan orang ramai agar tidak membuat andaian sendiri atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan kerana ia boleh menimbulkan kegusaran awam.

“PPSPM sentiasa memastikan setiap aktiviti penggambaran di Sungai Melaka mematuhi piawaian keselamatan serta peraturan pihak berkuasa demi menjaga imej dan kelestarian kawasan pelancongan warisan negeri,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit turut mengesahkan mengesan video tular tersebut dan siasatan mendapati pelakon lagak negeri yang terlibat dalam aksi terbabit tidak mengalami kecederaan serius. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI