fbpx
Tangkap layar video tular memaparkan keadaan ban pecah di Seri Keledang, Hulu Selangor.

[VIDEO] Ban pecah, Seri Keledang tenggelam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU SELANGOR – Beberapa laluan di kawasan Seri Keledang hingga Sungai Panjang, Tanjung Malim, ditenggelami air susulan limpahan dari ban di antara Sungai Selangor dan Sungai Slim ekoran hujan lebat hari ini.

Ketua Zon 7 Selangor Utara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Samsol Maarif Saibani berkata, limpahan air tersebut memberi kesan kepada beberapa kawasan termasuk sekitar Changkat Bintang, Gedangsa dan Jalan Sungai Panjang.

“Selain itu juga, air telah bertakung kerana hujan yang lebat daripada awal pagi tadi hingga petang ini. Laluan tersebut  hanya boleh dilalui oleh jentera atau kenderaan berat sahaja,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Samsol Maarif, sebahagian jalan ditutup kerana air telah naik dan melepasi jalan raya di Sungai Panjang, Tanjung Malim dengan ketinggian air dalam 0.3 meter.

“Jadi pihak keselamatan menasihatkan supaya motosikal dan kereta tidak melalui jalan berkenaan, selain daripada lori ataupun bas yang boleh melalui di situ.

“Kawasan Kampung Belia II dan juga kawasan sekitarnya mungkin akan ditenggelami oleh air pada hari ini dan di pihak pejabat daerah ataupun pihak pengurusan telah bersiaga-siaga untuk membuka Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang baharu sama ada di Sekolah Kebangsaan Belia II ataupun di dewan baharu,” ujarnya.

Menurut beliau, pihak keselamatan dan agensi berkaitan di peringkat daerah sentiasa berada dalam keadaan bersiap siaga bagi memantau situasi semasa serta menutup laluan yang berisiko kepada pengguna jalan raya.

Katanya, setakat ini belum ada pemindahan besar-besaran tetapi pemantauan akan terus dilakukan ekoran banyak kawasan rumah orang kampung telah ditenggelami air.

“Mungkin kalau air ini bertambah, hujan pun makin lebat, mangsa akan dipindahkan ke PPS sama ada di Taman Seri Cara Baru ataupun SK Belia II,” katanya.

Terdahulu tular satu video di Facebook memaparkan kejadian ban pecah sehingga kawasan tersebut ditelenggami air. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN