fbpx
ESTEVAO meledak gol kedua Chelsea ketika membantu pasukan itu menewaskan Barcelona di Stamford Bridge awal pagi semalam. - AFP

UCL: Chelsea menang, Maresca bimbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengurus Chelsea, Enzo Maresca tampil memberikan amaran dan meminta semua pihak supaya berhati-hati untuk membandingkan bintang mudanya, Estevao dengan kapten Argentina, Lionel Messi.

Bintang berusia 18 tahun itu menjaringkan gol hebat ketika menyumbangkan jaringan kedua The Blues untuk memastikan kemenangan 3-0 ke atas gergasi Sepanyol, Barcelona pada aksi Liga Juara-Juara, awal pagi semalam.

Maresca menjelaskan ketika ini adalah penting untuk semua pihak cuba melindungi pemain muda itu daripada berdepan tekanan secara berlebihan hingga berisiko beri kesan kepada prestasinya.

“Dia (Estevao), Lamine Yamal masih muda jika kami mula bercakap tentang Messi dan Cristiano Ronaldo. Saya fikir itu akan beri tekanan kepada pemain muda kerana pada usia muda, mereka perlu menikmatinya dan hadir ke latihan dengan gembira,” katanya.

Selepas memperoleh gol pertama daripada jaringan sendiri Jules Kounde, situasi Barcelona makin ditekan apabila The Blues yang hadir selaku juara dunia meraih dua lagi gol daripada Estevao dan Liam Delap.

Estevao juga melabel jaringan itu adalah detik terbaik dalam kariernya dan anggap dirinya seakan hilang kata-kata untuk menggambarkan apa yang sedang dilaluinya sekarang.

“Ia menjadi detik sempurna buat saya dan saya cukup bersyukur atas apa yang saya lalui sekarang. Saya sudah tidak ada kata-kata untuk menggambarkan perasaan saya,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN