fbpx
Haresh Deol.

Suspek pukul wartawan sukan mungkin salah sasaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis mengesyaki insiden wartawan sukan, Haresh Deol yang diserang di Bangsar kelmarin bukanlah sasaran sebenar suspek.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, siasatan setakat ini sememangnya menunjukkan motif kejadian berpunca daripada isu peribadi.

“Terlihat sepertimana suspek kata ada gangguan terhadap isteri dia, tapi kelihatan ini lebih kepada peribadi. Tapi nampak macam seperti salah sasaran pun ada.

“Buat masa ini kita tahan seorang sahaja tetapi kita masih jalankan siasatan sebab sekarang setakat ini dahulu,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Program Kesejahteraan Komuniti Disiplin Terjaga Generasi Terbina 2025, di sini hari ini.

Fadil berkata, suspek iaitu lelaki tempatan berusia 37 tahun itu dipercayai seorang penganggur dan mempunyai rekod jenayah lampau.

Katanya, suspek direman bagi membantu siasatan sebelum kertas siasatan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

“Kita buat soal siasat dan siasatan masih dijalankan. Kita akan angkat siasatan ini kepada AGC untuk keputusan sama ada kita tuduh atau tidak.

“Tapi setakat ini, kita akan gunakan cadangan untuk tuduh,” ujarnya.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook mengesahkan menerima laporan daripada Haresh berhubung kejadian kira-kira pukul 4 petang, kelmarin di Pondok Polis Bangsar.

Kejadian dilaporkan berlaku di Jalan Maarof berhampiran parkir sebuah pusat beli-belah ketika mangsa sedang berjalan di kaki lima menuju ke Jalan Telawi.

Sebelum itu, Haresh menerusi hantaran di laman X, mendakwa diserang dua lelaki sementara seorang lagi individu merakam insiden itu menggunakan telefon bimbit.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN