fbpx
Sultan Ibrahim. FOTO FACBOOK SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR

Sultan Ibrahim titah umat Islam sentiasa waspada ajaran sesat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, bertitah menasihatkan umat Islam di seluruh negara supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan ajaran sesat atau fahaman yang bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.

Seri Paduka Baginda, bertitah penularan ajaran dan fahaman yang menyimpang kini semakin membimbangkan, terutama melalui media sosial.

Menerusi hantaran di aplikasi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda hari ini berkenan menerima mengadap Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad bersama Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Nasri Ali.

Pada sesi mengadap bersama Seri Paduka Baginda, Yahya mempersembahkan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh JAINJ dalam membanteras ajaran sesat di Johor.

JAINJ mengambil pelbagai langkah dalam membendung penularan ajaran sesat di Johor, selain memantau cubaan menyebarkan ajaran sesat terutama mereka dari luar Johor.

Seri Paduka Baginda turut menzahirkan nasihat supaya umat Islam sentiasa meningkatkan ilmu agama, memperkukuh kefahaman serta mengamalkan nilai-nilai Islam yang sebenar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI