fbpx
Gambar hiasan

Ribut tropika Senyar tidak pernah berlaku, jadi perhatian dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Fenomena ribut tropika Senyar yang sedang terbentuk di Selat Melaka adalah paling unik dan tidak pernah berlaku di Malaysia.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, fenomena itu mencetuskan perhatian bukan sahaja dalam kalangan wartawan malah turut menjadi fokus penyelidik cuaca dunia.

“(Ribut tropika Senyar) bukan sahaja menjadi perhatian wartawan malah, menjadi perhatian dunia dan penyelidik dunia,” katanya pada sidang akhbar berhubung perkembangan ribut berkenaan, hari ini.

Berdasarkan pemantauan semasa, sistem cuaca yang sedang aktif di Selat Melaka dijangka memasuki Semenanjung Malaysia sebelum merentasi kawasan tengah dan bergerak menuju Laut China Selatan.

Keadaan dijangka memberi kesan kepada beberapa negeri, terutama kawasan yang telah mengalami banjir, sekali gus meningkatkan risiko limpahan air sungai dan banjir kilat.

Orang ramai diminta supaya sentiasa peka terhadap amaran cuaca dan mendapatkan maklumat terkini melalui laman Facebook rasmi MetMalaysia serta saluran penyiaran yang diiktiraf. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN