fbpx
[3:52 PM, 11/27/2025] Ayman Kosmo: Rampasan RM8.9 juta hasil serbuan lombong emas, mineral haram di Pantai Timur Oleh ROHANA MOHD. NAWI RANTAU PANJANG - Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya membongkar 10 kes perlombongan emas dan mineral secara haram melibatkan rampasan bernilai RM8.9 juta di tiga negeri Pantai Timur sepanjang tahun ini. Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, rampasan itu membabitkan pelbagai jenis kenderaan, jentera berat, peralatan melombong termasuk emas mentah menerusi Ops Khazanah di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Menurutnya, selain itu, seramai 52 orang lelaki dan masing-masing seorang wanita tempatan dan warga asing berusia dalam lingkungan 20 hingga 40-an ditahan untuk membantu siasatan. “Suspek yang dicekup di lokasi perlombongan itu terdiri daripada rakyat tempatan, warga Indonesia, Kemboja, Myanmar dan Orang Asli. “Daripada tiga negeri itu, Kelantan dan Terengganu paling banyak kes rampasan peralatan termasuk jentera berat dan emas mentah hasil daripada perlombongan haram. “Kita juga menjumpai emas mentah di bawah karpet yang dijadikan sebagai penapis ketika kerja-kerja melombong emas,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat Pos PGA Pak Teh Kana di sini hari ini. Mengulas lanjut, Ahmad Radzi memberitahu, PGA juga mengesan kebanyakan kegiatan perlombongan emas haram di ketiga-tiga negeri itu bermula sejak Januari lalu. Menurutnya, selain emas, pihaknya mendapati terdapat unsur mineral lain yang ditemui semasa menjalankan serbuan di Temerloh, Pahang baru-bari ini. “Mineral yang tidak dapat dikenal pasti itu diserahkan kepada Jabatan Mineral dan Geosains untuk penyelidikan dan siasatan lanjut. Kebiasaannya, kegiatan perlombongan haram dijalankan di lokasi hutan simpan yang menggunakan laluan balak,” katanya. - KOSMO! ONLINE habis [3:52 PM, 11/27/2025] Ayman Kosmo: Ahmad Radzi (tengah) bersama pegawai PGA ketika melawat Pos PGA Pak Teh Kana, Rantau Panjang hari ini. FOTO ROHANA MOHD. NAWI/KOSMO!

PGA jumpa emas bawah karpet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RANTAU PANJANG – Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya membongkar 10 kes perlombongan emas dan mineral haram melibatkan rampasan bernilai RM8.9 juta di tiga negeri Pantai Timur sepanjang tahun ini.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, rampasan itu membabitkan pelbagai jenis kenderaan, jentera berat, peralatan melombong dan emas mentah menerusi Ops Khazanah di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Menurutnya, seramai 52 lelaki dan masing-masing seorang wanita tempatan dan asing berusia dalam lingkungan 20 hingga 40-an ditahan.

“Suspek yang ditahan di lombong haram terdiri daripada rakyat tempatan, Indonesia, Kemboja, Myanmar dan Orang Asli. Kelantan dan Terengganu paling tinggi kes rampasan peralatan termasuk jentera berat dan emas mentah.

“Kita turut menjumpai emas mentah di bawah karpet yang dijadikan sebagai penapis ketika kerja-kerja melombong,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat Pos PGA Pak Teh Kana di sini hari ini.

Ahmad Radzi berkata, kebanyakan kegiatan melombong haram di ketiga-tiga negeri itu bermula sejak Januari lalu. Selain emas, terdapat unsur mineral lain yang dijumpai ketika serbuan di Temerloh, Pahang baru-bari ini.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN