fbpx
[11:12 AM, 11/27/2025] Hasliza Nusi Kosmo: H: ‘Papa nak anak tahu bekas banduan pun boleh berjaya’ Oleh NOOR HASLIZA NUSI Pic: DANIAL SAAD GEORGE TOWN - Siapa sangka, pengalaman hitam berada di sebalik tirai besi telah mengubah nasib seorang bekas banduan dari Penjara Seberang Perai di Jawi, dekat sini untuk membuktikan yang dia benar berubah sehingga mampu menggenggam segulung kejayaan. Mohd. Khairul Ab. Aziz, 43, yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Sains Kemasyarakatan dari Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, dia sedaya upaya mahu memulihkan semula maruahnya yang tercalar selepas terjebak dalam penyalahgunaan dadah. Ceritanya, pengalaman meringkuk di dalam penjara sejak tahun 2016 sehingga 2021 telah mengajarnya erti penyesalan sekali gus nekad mengubah nasib diri demi menggapai sebuah kejayaan di celah kehidupan yang serba mencabar. “Semuanya bermula pada tahun 2020, semasa saya berada di Penjara Seberang Perai. Keinginan menyambung pengajian hadir selepas saya mendengar kisah yang dilalui Presiden Persatuan Pengasih Malaysia, Hafizi Harun ketika beliau dijemput memberi ceramah di penjara. “Melalui perkongsiannya itu, saya menanam niat untuk mengubah nasib diri dengan cuba mengikut jejak langkah beliau sebagai ‘role model’ untuk bangkit semula. Saya mula daftar pengajian dengan USM pada tahun 2020. “Memang terlalu payah hendak henti herdikan dan stigma masyarakat terhadap bekas banduan tapi niat hanya satu iaitu mahu memulihkan semula maruah diri demi keluarga serta dua anak yang sudah terpisah kasih sejak setahun lalu. “Papa (panggilan anaknya) juga nak anak-anak tahu yang bekas banduan pun boleh berjaya dan boleh berubah,” katanya sebak. Mohd. Khairul yang merupakan duda anak dua itu ditemui pemberita selepas Upacara Konvokesyen Ke-63 USM yang turut dihadiri oleh Naib Canselor universiti itu, Prof. Datuk Seri Dr Abdul Rahman Mohamed; Timbalan Pengarah Penjara Seberang Perai, Rozita Muhamad Sharif di sini, lewat petang semalam. Dalam sesi pertemuan itu, dua penyelia pengajiannya iaitu Prof. Dr. B. Vicknasingam dan Prof. Madya Dr. Darshan Singh turut hadir bersama bagi menyaksikan momen bersejarah itu apabila dia merupakan graduan pertama USM semasa sedang menjalani hukuman penjara. Berkongsi pengalamannya semasa di penjara, anak kelahiran dari Pulau Pinang itu berkata, dia hanya dibenarkan menggunakan internet selama sejam setengah untuk mencari bahan rujukan yang akan dicetak dan dibawa pulang ke sel, setiap hari. “Bayangkan, walaupun hanya lima bulan sempat merasai pengalaman mengulangkaji di sel sebelum dibebaskan pada Disember 2021, tapi ia cukup berharga walau terpaksa berjuang. “Setiap malam, saya hanya bertemankan cahaya lampu di luar koridor sel untuk mengulangkaji pelajaran. Saya akan duduk di tepi pagar sel dan baca buku kadang-kadang sampai pukul 12 malam. Tiada apa yang sukar jika kita tanam niat untuk berjaya hari ini. “Tapi perkara itu (perjuangan semasa di penjara) saya rasa boleh diceritakan kembali kepada komuniti luar mengenai sebuah perjuangan dan kejayaan bekas banduan yang nekad mahu berubah,” katanya yang sedang mengusahakan perniagaan snek makanan ringan. Dalam perkembangan berkaitan, Mohd. Khairul yang sebelum itu telah memiliki ijazah dalam bidang Kimia Industri di sebuah universiti swasta pada 2006 turut melakar sejarah tersendiri apabila menjadi individu pertama di negara ini yang menjalankan kajian mengenai penggunaan dadah kokain. Hasil kajiannya itu turut dimuatkan dalam Laporan Global Kokain oleh United Nations Office Drugs and Crime (UNODC) Vienna pada tahun 2023. -KOSMO! ONLINE Habis// [11:15 AM, 11/27/2025] Hasliza Nusi Kosmo: Mohd Khairul sebak menceritakan pengalaman belajar disebalik tirai besi ketika ditemui pada Upacara Konvokesyen Ke-63 USM di Dewan Tuanku Syed Putra USM di sini. Gambar DANIAL SAAD/KOSMO!

‘Papa nak anak tahu bekas banduan pun boleh berjaya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Siapa sangka, pengalaman hitam berada di sebalik tirai besi mengubah nasib seorang bekas banduan Penjara Seberang Perai di Jawi untuk membuktikan yang dia benar-benar berubah sehingga mampu menggenggam segulung ijazah.

Mohd. Khairul Ab. Aziz, 43, yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Sains Kemasyarakatan dari Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, dia sedaya upaya mahu memulihkan semula maruahnya yang tercalar selepas terjebak dalam penyalahgunaan dadah.

Katanya, pengalaman berada di penjara sejak 2016 sehingga 2021 mengajarnya erti penyesalan sekali gus nekad mengubah nasib diri demi menggapai sebuah kejayaan di celah kehidupan yang serba mencabar.

“Semuanya bermula pada 2020, semasa saya berada di Penjara Seberang Perai. Keinginan untuk sambung belajar hadir selepas saya mendengar kisah Presiden Persatuan Pengasih Malaysia, Hafizi Harun ketika beliau dijemput memberi ceramah.

“Melalui perkongsiannya, saya tanam niat untuk mengubah nasib diri dan cuba mengikut jejak langkah beliau untuk bangkit semula. Saya mula mendaftar pengajian di USM pada tahun sama.

“Memang payah hendak hentikan herdikan dan stigma masyarakat terhadap bekas banduan tapi niat hanya satu mahu memulihkan semula maruah diri demi keluarga dan dua anak yang sudah terpisah kasih sejak setahun lalu.

“Papa (panggilan anaknya) juga nak anak-anak tahu yang bekas banduan pun boleh berjaya dan berubah,” katanya ketika ditemui selepas Upacara Konvokesyen Ke-63 USM yang turut dihadiri oleh Naib Canselor, Prof. Datuk Seri Dr Abdul Rahman Mohamed dan Timbalan Pengarah Penjara Seberang Perai, Rozita Muhamad Sharif semalam.

Dua penyelia pengajiannya, Prof. Dr. B. Vicknasingam dan Prof. Madya Dr. Darshan Singh turut hadir bagi menyaksikan momen bersejarah itu memandangkan Mohd. Khairul merupakan graduan pertama USM sedang menjalani hukuman.

Berkongsi pengalaman di penjara, anak jati Pulau Pinang itu berkata, dia hanya dibenarkan menggunakan internet selama sejam setengah untuk mencari bahan yang akan dicetak dan dibawa pulang ke sel setiap hari.

“Bayangkan, walaupun hanya lima bulan sempat merasai pengalaman mengulangkaji di sel sebelum dibebaskan pada Disember 2021, tapi ia cukup berharga.

“Setiap malam, cahaya lampu koridor sel jadi ‘peneman’ untuk ulangkaji pelajaran. Saya akan duduk di tepi pagar sel dan baca buku kadang-kala sampai pukul 12 tengah malam. Tiada apa yang sukar jika kita tanam niat untuk berjaya.

“Tapi perkara itu saya rasa boleh diceritakan semula kepada komuniti luar tentang perjuangan dan kejayaan bekas banduan yang nekad mahu berubah,” katanya yang mengusahakan perniagaan snek makanan ringan.

Mohd. Khairul yang merupakan pemegang ijazah dalam bidang Kimia Industri di sebuah universiti swasta pada 2006 turut melakar sejarah tersendiri apabila menjadi individu pertama di negara ini yang menjalankan kajian mengenai penggunaan dadah jenis kokain.

Hasil kajiannya itu turut dimuatkan dalam Laporan Global Kokain oleh United Nations Office Drugs and Crime (UNODC) Vienna pada 2023. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN