fbpx
Hantaran gambar oleh @_kyrolliman di Threads.

Lelaki tidak malu ambil SPM pada usia 24 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang lelaki mencuri perhatian di media sosial apabila berkongsi pengalamannya menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada usia 24 tahun.

Menerusi perkongsian di Threads oleh @_kyrolliman, lelaki berkenaan mendedahkan bahawa dia sudah mengambil peperiksaan itu sebanyak tiga kali sebelum ini, khususnya untuk subjek Sejarah.

“Umur 24 ambil SPM.Kalau ada yang ambil SPM tahun ni, buat la betul-betul. Ingat SPM ni penting. Pergi mana-mana orang nak, kecuali ada kemahiran tidak apa la. Dan satu lagi, saya ada SPM. Alhamdulillah lulus semua, cuma Sejarah saja gagal dan ni ulang Sejarah kali keempat,” tulisnya di hantaran Threads.

Dia turut memuat naik gambar sebelum menduduki peperiksaan bersama calon-calon SPM lain.

“Pertama kali tebal muka macam ni,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya memberikan kata-kata semangat dan tidak perlu malu untuk belajar.

“Tidak apa dik, belajar ni tidak kira umur. Niat awak dah murni dah. Semoga lulus kertas Sejarah!,” komen Anis.

“Semoga berjaya, baca doa terang hati. Tidak ada apa yang nak dimalukan bila melibatkan pelajaran. Ingat ada pepatah mengatakan belajar sampai ke negeri China. Saya lagi tua dari awak. Saya juga tengah belajar, jangan risau,” kata Zira Haizi.

“Semoga berjaya! Semoga lulus cemerlang. Jangan rasa rendah atau kerdil. Umur 24 tu muda lagi, jauh lagi perjalanan. Lepas ni sijil SPM tu akan buka jalan yang lebih luas,” komen Nuur Nabila. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI