fbpx
Bangunan dijilat api dengan asap tebal menyelubungi ruang udara di Wang Fuk Court, Hong Kong semalam.

Korban kebakaran Wang Fuk Court meningkat, hampir 300 hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HONG KONG – Angka korban kebakaran paling dahsyat di Hong Kong sejak 30 tahun lalu meningkat kepada lebih 44 orang, manakala 280 mangsa hilang.

Kebakaran semalam melanda beberapa menara kediaman tinggi di kejiranan Tai Po, utara Hong Kong.

Pihak berkuasa berkata, api berpunca daripada perancah buluh yang meliputi bangunan- bangunan kediaman tersebut.

Api dan asap tebal masih menyelubungi menara-menara setinggi 32 tingkat itu semalam di mana ramai penghuni dipercayai terperangkap.

Punca kebakaran tidak diketahui tetapi api marak dan merebab disebabkan oleh jaring pembinaan hijau dan perancah buluh.

Sementara itu, polis menahan tiga lelaki kerana disyaki melakukan pembunuhan tanpa niat berhubung kebakaran itu, lapor badan penyiaran RTHK tanpa mengulas lanjut.

Bekerja sepanjang malam, anggota-anggota bomba bergelut untuk sampai ke tingkat atas kompleks perumahan Wang Fuk Court, yang mempunyai 2,000 pangsapuri dalam lapan blok menara, disebabkan oleh kepanasan yang melampau.

Seorang penduduk berusia 71 tahun dikenali sebagai Wong berkata, isterinya terperangkap di dalam salah satu bangunan tersebut.

Seorang anggota bomba adalah antara 36 orang yang terbunuh, manakala sekurang-kurangnya 29 orang dirawat di hospital, kata Pentadbir Hong Kong, John Lee, kepada pemberita.

Kira-kira 900 orang pula berada di lapan pusat perlindungan sementara.

“Keutamaan adalah untuk memadamkan api dan menyelamatkan penduduk yang terperangkap,” kata Lee kepada pemberita. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN