fbpx
Tangkap layar hantaran memaparkan guni pasir menjadi benteng terakhir akibat paras air banjir yang semakin meningkat di unit kecemasan Hospital Kangar di Perlis.

Guni pasir jadi benteng akhir di jabatan kecemasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bencana banjir yang melanda negara sejak hujung minggu lalu bukan sahaja menyebabkan kediaman penduduk dinaiki air, malah fasiliti kesihatan.

Menerusi perkongsian pengguna @Ammar_azhr di Threads, paras air sudah menghampiri pintu masuk jabatan kecemasan sebuah hospital.

Terdapat beberapa guni pasir diletakkan di kawasan tersebut yang dijadikan ‘benteng’ bagi mengelak air memasuki ruang tersebut, namun tidak dinyatakan nama hospital.

Terdapat petugas kesihatan berdiri di pintu masuk jabatan kecemasan tersebut sambil memantau paras air yang semakin naik.

“Benteng terakhir di unit kecemasan,” katanya di ruangan kapsyen.

Katanya, banyak kediaman petugas yang terjejas memaksa mereka untuk terus bertahan dengan situasi banjir tersebut yang belum menunjukkan tanda-tanda belum surut.

Terdapat pengguna media sosial yang memaklumkan kejadian itu berlaku di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis.

Rata-rata orang ramai bimbang dengan situasi tersebut sekiranya paras air terus meningkat dalam masa terdekat.

“Semoga dipermudahkan urusan semua staf di hospital serta penduduk yang terkesan dengan banjir,” komen @Elle_tasneem_meeracle.

“Semoga banjir surut dan dipermudahkan segala urusan,” kata @Aa_aadnin.

“Semoga tiada apa-apa yang mencemaskan. Hati-hati semua. Adik saya pun bertugas di Hospital Kangar terpaksa redah banjir pagi tadi (semalam),” balas @Fyddrst.

Sementara itu, Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (Nadma) memaklumkan, seramai 33,756 mangsa termasuk 11,229 keluarga terlibat dengan bencana banjir setakat pukul 6 pagi tadi.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN