fbpx
Bangkai anjing dikafan dan ditanam di kebun. - Istimewa

Gempar bangkai anjing dikafan seperti manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Penduduk sebuah kampung di Bogor Tengah, wilayah Jawa Tengah gempar dengan penemuan kubur kecil yang tertanam ‘jasad’ lengkap dengan kain kafan di sebuah kawasan kebun, lapor laman berita Detik semalam.

Menyangka ia adalah jenazah bayi, penduduk segera membuat laporan kepada pihak berkuasa tempatan dan polis.

Bagaimanapun, selepas diperiksa, polis mendapati bahawa ia adalah bangkai anjing yang dikafan seperti manusia.

“Pada awalnya, penduduk menyangka mereka menemukan jenazah bayi. Mereka membuat laporan kepada rukun tetangga setempat dan polis,” kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Bogor Pusat, Inspektor Pertama Budi Setiawan.

Tambah Budi, bangkai itu ditemukan seorang penduduk bernama Sukit ketika dalam perjalanan ke kebunnya.

Katanya, lelaki itu berasa curiga melihat terdapat kubur misteri yang dibina di satu sudut kebun.

“Disebabkan saiz kubur itu kecil, pengadu berasa kehairanan. Selepas digali, dia menemukan objek kecil seperti jenazah yang dibalut dengan kain kafan,” kata Budi.

“Setelah diperiksa anggota polis, kami mengesahkan objek itu adalah bangkai anjing,” tambahnya.

Budi berkata, masih belum diketahui identiti individu yang menanam bangkai tersebut, namun ia sudah dipindahkan ke kawasan lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI