fbpx
UNITED gagal mempertahankan aksi tanpa kalah dalam lima perlawanan apabila tewas kepada Everton di Old Trafford kelmarin. - AFP

EPL: Rooney dedah pincang Man. United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Legenda dan bekas kapten Manchester United, Wayne Rooney mendedahkan masalah terbesar pasukan itu ketika mereka tewas 0-1 kepada Everton dan menganggap pengurus, Ruben Amorim perlu bertanggungjawab.

Pada perlawanan itu, United bukan sahaja dimalukan dengan kekalahan di tempat sendiri, lebih mengaibkan mereka tewas ketika pasukan lawan beraksi dengan 10 pemain untuk tempoh lebih 70 minit sekali gus menamatkan rekod aksi tanpa kalah lima perlawanan.

Gol tunggal perlawanan yang dijaringkan oleh Kiernan Dewsbury-Hall gagal disamakan oleh United biarpun mereka menguasai keseluruhan perlawanan, tetapi gagal untuk menembusi benteng Everton.

“Menentang pasukan yang beraksi dengan 10 pemain sentiasa sukar kerana mereka pasti memilih untuk bertahan. Mereka akan letakkan empat pemain kekal di kawasan pertahanan, jadi menyudahkan hantaran lintang hampir mustahil.

“Saya fikir, United kurang kesabaran ketika menghampiri kawasan penalti Everton, mereka sepatutnya perlu mengawal bola dan bermain hantaran rendah. Mereka terlalu banyak melakukan hantaran lintang, tetapi Everton terlalu kuat untuk mengatasi situasi itu,” katanya.

Rooney turut mengkritik Amorim apabila percaya pengurus itu sepatutnya perlu mengubah sistem dengan mengeluarkan Leny Yoro dan Luke Shaw untuk memecahkan benteng Everton.

“Saya tahu Shaw dan Yoro bermain lebih tinggi untuk membentuk pemain tambahan di bahagian tengah. Tetapi, anda memerlukan pemain tambahan yang lebih kreatif yang bermain di posisi itu dan mampu membuat perubahan,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN