fbpx
SEORANG lelaki membawa payung ketika hujan dan angin kuat melanda Colombo hari ini. – AFP

Banjir, tanah runtuh di Sri Lanka ragut puluhan nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

COLOMBO  – Banjir dan tanah runtuh yang dicetuskan oleh hujan lebat mengorbankan  sekurang-kurangnya 31 orang di seluruh Sri Lanka minggu ini dengan 14 mangsa  hilang, kata pihak berkuasa hari ini.

“Kebanyakan kematian berlaku di daerah penanaman teh di Badulla, di mana 16 orang tertimbus apabila lereng sebuah gunung runtuh dan menimbus rumah mereka,” kata Pusat Pengurusan Bencana (DMC) dalam satu kenyataan.

Empat lagi terbunuh dengan cara sama di daerah berdekatan, Nuwara Eliya. Kematian yang lain dilaporkan di tempat lain.

Hampir 400 rumah rosak dalam kejadian tanah runtuh, dengan lebih 1,100 keluarga dipindahkan ke tempat perlindungan sementara.

DMC berkata,  paras air sungai semakin meningkat di seluruh Sri Lanka dan memberi amaran kepada penduduk di kawasan rendah untuk berpindah ke tempat lebih tinggi.

Sri Lanka sedang mengalami musim monsun timur laut, tetapi hujan semakin lebat disebabkan oleh tekanan rendah di timur pulau itu, tambahnya.

Kerajaan menggantung peperiksaan akhir tahun  sekolah di seluruh negara selama dua hari kerana cuaca buruk.

Angka korban berkaitan cuaca buruk pada  minggu ini adalah yang tertinggi sejak Jun 2024, apabila 26 orang terbunuh akibat hujan lebat. Pada Disember lalu pula , 17 orang terkorban dalam  banjir dan tanah runtuh. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN