fbpx
MEOR ISMAIL (dua dari kanan) ketika meninjau kawasan banjir di Kampung Sungai Nipah Darat, Bagan Datuk hari ini.

Banjir: Taburan hujan dua hari menyamai tempoh sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BAGAN DATUK – Banjir yang berlaku di beberapa negeri di Semenanjung ekoran taburan hujan luar biasa selama dua hari yang menyamai tempoh sebulan.

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) Meor Ismail Meor Akim berkata, perkara itu menyebabkan skala banjir kali ini lebih besar berbanding sebelum ini.

“Initermasuk kawasan-kawasan baharu yang tidak pernah dilanda bencana. Banjir besar di Perlis kali terakhir adalah pada 2010 manakala di Perak pada 1984. Jadi, memang luar biasa sikit tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau kawasan banjir di sekitar Kampung Sungai Nipah Darat, di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, semua sistem amaran banjir dan lebih 100 rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang ditempatkan di kawasan berisiko bencana itu berfungsi dengan baik membolehkan urusan mitigasi mangsa dapat dilakukan dengan cepat dan berkesan.

“Setakat ini, tiada rekod, laporan sistem amaran tak berfungsi dan banyak tempat saya pergi kebanyakan mangsa dah berpindah sebelum (bencana banjir).

“Ini menunjukkan sistem berfungsi dengan baik. Saya ada di Perlis diberitahu macam tu keadaannya, di Perak belum terima laporan dan di Kelantan pun sama,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN