Apa itu Ribut Tropika Senyar?
⦁ Ribut Tropika Senyar, satu fenomena dianggap luar biasa membawa impak signifikan kepada Semenanjung Malaysia dengan hujan berterusan, angin kencang serta laut bergelora.
⦁ Ia bergerak bergerak ke arah timur tenggara dan sudah memasuki Selat Melaka, dikesan berada kira-kira 102 kilometer (km) ke barat daya Lumut, Perak, sebelum bergerak ke kedudukan terbarunya.
⦁ Ribut tersebut dilaporkan berada 57 kilometer (km) ke barat daya Sabak Bernam, Selangor dengan kelajuan angin maksimum mencecah 46 km/j, pukul 11 pagi tadi.
⦁ Pembentukan Ribut Tropika Senyar di Selat Melaka adalah sangat jarang berlaku, sekali gus ia menjadi tumpuan dunia meteorologi.
⦁ Pembentukan luar biasa di kawasan berhampiran Khatulistiwa seperti Selat Melaka lazimnya tidak menghasilkan daya pusaran (Kesan Coriolis) yang cukup kuat untuk membolehkan ribut tropika terbentuk dan kekal kuat.
⦁ Dari segi sejarah, kali terakhir fenomena seumpama ini berlaku pada 2001 dengan pembentukan Taufan Vamei di kawasan berdekatan.
⦁ Senyar mula berkembang daripada sistem tekanan rendah yang berlegar di Selat Melaka sejak 21 November lalu.
⦁ Kekuatan Ribut Tropikal Senyar banyak bergantung kepada suhu permukaan laut di Selat Melaka. Semakin panas air, semakin banyak tenaga yang dapat diserap oleh ribut.
⦁ Amaran Hujan Berterusan serta Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora juga telah dikeluarkan bagi sembilan negeri dan dua Wilayah Persekutuan, berkuat kuasa dari hari ini (27 November) sehingga Sabtu (29 November).
⦁ Amaran Hujan Berterusan Tahap Buruk (Jingga) dikeluarkan bagi kawasan berisiko tinggi termasuk Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, beberapa kawasan di Kedah (Kulim dan Bandar Baharu) serta beberapa kawasan di Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong).
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia – KOSMO! ONLINE















