fbpx
MetMalaysia menjangkan tiada hujan ekstrem berlaku bagi tempoh seminggu ke hadapan.

Amaran hujan tahap buruk di Lembah Klang, Pantai Timur utara hingga Sabtu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk (jingga) di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia sehingga 29 November ini.

Menurut MetMalaysia, negeri-negeri yang terlibat adalah seluruh Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Pulau Pinang, Perak dan Terengganu.

“Di Kedah, kawasan yang dijangka dilanda hujan berterusan adalah di Kulim dan Bandar Baharu, manakala Pahang pula di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong,” katanya.

Selain itu, amaran hujan berterusan tahap waspada (kuning) turut dijangka berlaku di seluruh Kelantan, Melaka dan Negeri Sembilan.

“Negeri lain adalah Pahang di daerah Jerantut, Temerloh, Maran Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

“Di Johor, cuaca sama dijangka melanda Tangkak dan Segamat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN