fbpx
BERGSON mengakui JDT bermain dengan baik, namun gagal meraih banyak peluang serta gagal menyempurnakannya. - FB JOHOR SOUTHERN TIGER

ACLE: JDT yakin impian belum berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENYERANG sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva percaya peluang pasukan untuk layak ke pusingan kalah mati saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) masih terbuka walaupun tewas 0-2 kepada Melbourne City, kelmarin.

Menurut Bergson, skuad Harimau Selatan tetapi optimis dapat mengulangi pencapaian musim lalu dengan mempamerkan prestasi yang lebih cemerlang pada perlawanan seterusnya.

“Sudah tentu kita masih lagi yakin dengan potensi pasukan kerana kita bermain demi lencana (JDT) dan kelab ini sangat besar. Tidak wajar untuk kita menyerah disebabkan kesilapan dan keputusan kali ini.

“Secara peribadi, anda boleh analisa secara statistik bahawa kita beraksi dengan lebih baik, tetapi pasukan hanya memiliki dua peluang dan tidak berjaya memanfaatkan kesempatan tersebut.

“Dalam mana-mana perlawanan, jumlah gol akan menentukan pemenang dan kali ini kita tidak berjaya walaupun mencipta banyak peluang keemasan,” kata pemain import dari Brazil itu.

Sementara itu, pengendali JDT, Xisco Munoz menganggap nasib tidak menyebelahi pasukannya selepas merekodkan kekalahan kedua dalam kejohanan bola sepak berprestij benua Asia itu musim ini.

“Ada masa kita bermain cemerlang dan ada ketika kita dikecewakan tetapi Melbourne City berhak untuk menang walaupun kita berjaya mempamerkan prestasi lebih baik.

“Pujian wajar diberikan kepada penjaga goi lawan (Patrick Beach) yang cemerlang menafikan beberapa peluang keemasan pasukan.

“Apa yang pasti, ini bukan pengakhiran dan keputusan ini diharap dapat menaikkan lagi motivasi pasukan untuk beraksi dengan lebih baik pada aksi akan datang,” katanya.

Kekalahan tersebut menyaksikan JDT kekal dengan tujuh mata ketika saingan di peringkat liga berbaki tiga perlawanan dengan lapan pasukan terbaik akan lolos ke pusingan seterusnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN