fbpx
Norhanani memeluk anak keduanya yang baru tiba dari Kolej Pertanian Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam, Kedah di HTF, hari ini.

Wartawan meninggal dunia lepas buat liputan mangsa banjir Hatyai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Seorang wartawan menghembuskan nafas terakhir awal pagi ini ketika dalam perjalanan pulang selepas selesai membuat liputan proses pemindahan rakyat Malaysia yang terperangkap banjir di Hatyai, Thailand.

Mohamad Asri Shafii, 49, ditemui meninggal dunia oleh orang awam di Jalan Behor Pulai, di sini awal pagi tadi.

Menurut isteri Allahyarham Mohamad Asri, Norhanani Ahmad, kali terakhir dia berhubung dengan arwah ialah menerusi aplikasi WhatsApp, di mana suaminya menyatakan hasrat untuk pulang ke Perlis kerana bimbang rumah dinaiki air.

Katanya, semasa dalam perjalanan pulang, difahamkan kereta arwah terperangkap banjir dan tidak dapat dihidupkan.

“Arwah dikatakan cuba turun dari kereta untuk menolak kenderaan itu tetapi tiba-tiba dia rebah, mungkin akibat serangan jantung dan lemas. Dia juga ada sejarah sakit jantung sebelum ini,” katanya hari ini.

Sebagai rekod, Allahyarham Asri pernah bertugas sebagai wartawan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sebelum menjadi wakil Astro Awani di Perlis.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan enam anak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN