fbpx
TFC akan meneruskan saingan Liga Super dengan menentang Kuching City FC di Kuala Terengganu pada 5 Disember ini.

TFC mohon pelepasan sekatan FIFA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TERENGGANU FC (TFC) telah memohon pelepasan daripada sekatan pembelian pemain yang dikenakan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada Jumaat lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif TFC, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed Al-Bajrai berkata, kelab telah membuat pembayaran kepada pemain import yang terlibat.

“Pembayaran terhadap pemain import musim lepas berkenaan lebih awal sebelum FIFA mengeluarkan keputusan rasmi (pada Jumaat lalu).

“Kami telah memberikan komitmen untuk menyelesaikan isu berkenaan dengan cepat dan teratur,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

TFC menjadi pasukan Liga Super terbaharu berdepan sekatan perpindahan oleh FIFA sekali gus menimbulkan tanda tanya dan keresahan dalam kalangan penyokong skuad Sang Penyu.

Sheikh Farouk berkata, surat rasmi berhubung perkembangan terbaharu berkenaan telah dihantar kepada FIFA dan kini menunggu maklum balas rasmi daripada badan induk berkenaan.

“TFC menegaskan sentiasa komited untuk bertindak secara telus selain memastikan setiap urusan melibatkan kelab diselesaikan mengikut garis panduan yang sah,” katanya.

Sheikh Farouk berkata, kelab tersebut telah menjalankan tanggungjawab secara profesional serta mematuhi prosedur perundangan bola sepak antarabangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN