fbpx
Gambar hiasan

RM10 juta duit warga Pontian kena kebas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Lebih RM10 juta wang milik ratusan orang Pontian hilang sekelip mata selepas mereka menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian atau scammer.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib mendedahkan, skim pelaburan tidak wujud kekal menjadi ‘Raja Scammer’ apabila mencatatkan kerugian RM5.32 juta membabitkan 52 mangsa yang terpedaya dengan janji pulangan luar biasa.

Menurutnya, mangsa ‘phone scam’ pula direkodkan paling ramai iaitu 249 orang, menyebabkan hampir RM3.93 juta melayang sekelip mata selepas ditakut-takutkan oleh individu menyamar pegawai polis, kastam dan pelbagai agensi penting.

“Pembelian dalam talian turut menjadi lubuk penipu dengan 85 mangsa direkodkan, kerugian RM430,491, manakala pinjaman tidak wujud pula membabitkan 29 individu yang lesap wang sebanyak RM176,537. Love scam pula terus memusnahkan hidup enam mangsa yang kehilangan RM116,426 selepas terpancing janji palsu lelaki kononnya mahu berkahwin dengan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Bual Santai Bersama PDRM di Dewan Masjid Al-Faizin, Kampung Parit Semerah, di sini hari ini yang turut dihadiri Penghulu Mukim Pontian, Luqman Nulhakim Zulkarnain dan Ketua Kampung Kawasan (1), Kamiden Abd. Salam.

Tambah Mohammad Shofee, empat kes lain turut mencatatkan kerugian RM117,395, menjadikan jumlah keseluruhan duit penduduk Pontian yang disedut sindiket penipuan ini mencecah RM10,094,691.50. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN