SHAH ALAM – Pengasas eHati yang disiasat pihak berkuasa agama pada Julai lalu selepas mencetuskan kontroversi menerusi program motivasi rumah tangga bakal berdepan empat pertuduhan termasuk kesalahan doktrin palsu. Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, kertas siasatan telah dirujuk kepada pihak Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor dan pertuduhan dilakukan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, di sini hari ini. Katanya, pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 7 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1955 iaitu kesalahan doktrin palsu, Seksyen 8…















