fbpx
Gambar hiasan.

Penganjur skim ‘kutu lelong’ bawa lari RM701,000 diburu polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Seorang peniaga wanita berusia 27 tahun diburu bagi membantu siasatan kes penipuan pelaburan dikenali ‘kutu lelong’ yang dipercayai telah menyebabkan kerugian kira-kira RM701,000 sejak bulan Julai lalu.

Setakat ini, seramai 12 individu berusia 21 hingga 39 tahun yang mendakwa sebagai mangsa telah tampil membuat laporan berhubung skim ‘kutu lelong’ sejak Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd. Razi Rosli berkata, laporan pertama dibuat seorang lelaki di
Balai Polis Cukai di sini.

“Siasatan awal mendapati suspek telah menawarkan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan segera.

“Skim ‘kutu lelong’ dikatakan telah berjaya menarik kira-kira 400 pelabur yang melabur antara RM200 hingga RM20,000 setiap seorang,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Razi berkata, siasatan lanjut mendapati suspek sudah melarikan diri dari daerah ini dan gerakan memburunya sedang giat dilakukan.

Beliau berkata, kes tersebut telah dirujuk kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Bank Negara Malaysia untuk siasatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN