JAKARTA – Sebuah sekolah rendah di Bandung, wilayah Jawa Barat mengundang perhatian ramai apabila sejumlah murid dipaksa menunggu di tepi jalan selama lima jam demi menyambut kedatangan datuk bandar kota tersebut, lapor portal berita Lambe Turah.
Kejadian berlaku di Sekolah Dasar Negeri (SDN) Batununggal semalam.
Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @jabodetabek24info menunjukkan murid ‘berjemur’ di hadapan sekolah sambil ditemani beberapa guru.
Mereka menunggu ketibaan Datuk Bandar Bandung, Muhammad Farhan bermula dari pukul 8 pagi (waktu tempatan) sehingga 1 tengah hari (waktu tempatan).
Mereka bagaimanapun kecewa apabila beliau membatalkan lawatannya.
Rakaman itu mencatatkan lebih 136,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi pendduna media sosial.
“Kenapa perlu sambut? Lebih baik belajar,” kata seorang netizen.
“Kasihan mereka kepanasan,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI















