fbpx
JASAD warga Malaysia ditemukan di sebuah lebuh raya. - Foto tuoi tre news

Mayat rakyat Malaysia ditemukan di tengah lebuh raya Vietnam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HANOI – Seorang lelaki Malaysia yang tiba di lapangan terbang Tan Son Nhat, Bandar Raya Ho Chi Minh pagi kelmarin ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa pada hari sama, lapor laman berita VnExpress.

Mayat lelaki itu ditemukan di Lebuh Raya Trung Luong tanpa sebarang kenderaan berada di lokasi berhampiran.

Sekitar pukul 1 tengah hari (waktu tempatan), seorang pemandu kereta yang dalam perjalanan dari Bandar Raya Ho Chi Minh ke Delta Mekong di lebuh raya itu terlihat mayat seorang lelaki di pembahagi jalan.

Kenderaan yang dipandunya sempat mengelak daripada melanggar mayat tersebut sebelum dia memaklumkannya kepada polis.

Lelaki itu memakai seluar panjang dan kemeja-T lengan panjang berwarna hitam, selain mengalami pelbagai kecederaan di kepala sertamuka.

Tiada kereta, motosikal atau kenderaan lain ditemukan di kawasan berdekatan.

Laporan awal mengenal pasti mangsa sebagai Aeron Lee Khei Chen, seorang warganegara Malaysia.

Polis sedang meneliti rakaman kamera bagi mencari petunjuk tentang punca kematiannnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN