fbpx
VAN DIJK (tengah) berharap Liverpool dapat mempamerkan kebangkitan menentang PSV awal pagi esok. - AFP

Liverpool tak rela kalah kali kesembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Kapten Liverpool, Virgil van Dijk menggesa rakan sepasukan supaya tidak mudah berputus asa meskipun berada dalam situasi cukup sukar ketika ini selepas tewas lapan daripada 11 perlawanan terakhir.

Keadaan itu meletakkan masa depan pengurus, Arne Slot dalam bahaya apabila penyokong-penyokong Liverpool sendiri mula menyuarakan rasa tidak puas hati selain mendesak beliau dipecat segera.

Bagaimanapun, Van Dijk tampil mempertahankan pengendali dari Belanda itu apabila menegaskan, pemain-pemain The Reds juga perlu bertanggungjawab atas prestasi terburuk dalam sejarah pasukan itu.

Justeru, dia berharap pemain-pemain Liverpool menjadikan keadaan itu sebagai pembakar semangat untuk melakukan kebangkitan menjelang aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang PSV Eindhoven di Anfield awal pagi esok.

“Kami yang menyebabkan beliau (Slot) berada dalam situasi sekarang. Pemain-pemain juga perlu tampil ke depan dan mengambil tanggungjawab bagi membantu antara satu sama lain menyelamatkan pasukan.

“Saya mahu berterus-terang, kami memang berada dalam keadaan terdesak dan itu merupakan fakta. Apa yang kami boleh buat sekarang adalah tunjukkan karakter sebenar dan bangkit ketika berdepan PSV,” katanya.

Terdahulu, Liverpool yang merupakan juara bertahan EPL terus mempamerkan aksi hambar apabila dimalukan pasukan bergelut, Nottingham Forest menerusi kekalahan 0-3 walaupun bermain di laman sendiri.

“Sebagai juara liga, kami tidak sepatutnya berada di kedudukan sekarang. Kami pernah berada di puncak tetapi segalanya sudah berubah, jadi saya mahu semua pemain bersatu untuk berdepan situasi ini,” ujar Van Dijk. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN