fbpx
Calon SPM dari Kampung Bedal menaiki trak bomba untuk ke SMUA Shukriah, Kuala Krai hari ini. FOTO IHSAN BOMBA

Lima calon SPM terkandas banjir selamat duduki peperiksaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA KRAI – Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai membantu membawa lima calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terkandas akibat banjir Kampung Bedal di sini untuk menduduki peperiksaan tersebut hari ini.

Kelima-lima pelajar perempuan itu tiba di Sekolah Menengah Ugama Arab (SMUA) Shukriah di sini sebelum pukul 8 pagi dengan menaiki trak bomba selepas jalan utama di kawasan kampung tersebut ditenggelami air sedalam hampir satu meter.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, kesemua mangsa merupakan antara calon SPM yang masih berada di kawasan rumah mereka apabila tidak dapat bergerak ke sekolah.

Katanya, sepasukan anggota bergegas ke kampung itu untuk membantu kelima-lima calon SPM yang terkandas.

“Sebahagian besar daripada calon SPM di Kampung Bedal sudah keluar lebih awal dan selamat tiba ke sekolah untuk menduduki peperiksaan,” katanya.

Nik Ahmad Afsham memberitahu, pemantauan secara berkala terus dilakukan di kawasan-kawasan berisiko banjir di daerah ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN