fbpx
Bot yang dilaporkan hampir karam di perairan Timur Laut Pulau Perak, dekat Langkawi hari ini. 

Lapan kru hilang, bot hampir karam di perairan Pulau Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAWI – Kira-kira lapan orang dipercayai berada di dalam bot yang dilaporkan hampir karam di perairan Timur Laut Pulau Perak, dekat sini hari ini.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, insiden tersebut dimaklumkan oleh pemilik bot pada pukul 10.45 pagi tadi.

Katanya, pemilik bot memaklumkan menerima maklumat daripada pekerjanya yang juga kru bot berada dalam keadaan berbahaya pada kedudukan kira-kira 14.6 batu nautika dari arah timur laut Pulau Perak, Langkawi.

“Susulan laporan tersebut, MRSC Langkawi telah mengaktifkan operasi carilamat pada pukul 11 pagi dan segera mengatur gerak aset Maritim Malaysia (APMM), KM Siangin ke lokasi kejadian bagi melakukan penilaian awal.

“Keadaan cuaca pada waktu kejadian dilaporkan agak buruk dengan angin bertiup dari arah timur laut pada kelajuan 30 hingga 40 kilometer (km) sejam dengan ketinggian ombak dianggarkan antara 1.5 hingga 2.5 meter (m),” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, beberapa kawasan di sini turut mengalami ribut petir yang menyukarkan operasi carilamat yang dijalankan.

“Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melalui KD Ledang juga digerakkan ke lokasi bagi operasi carilamat ini, selain kapal kargo yang sedang dalam perjalanan ke Pelabuhan Klang turut membantu dalam operasi tersebut,” ujarnya.

Romli memberitahu, sebarang perkembangan akan dimaklumkan sebaik sahaja pihaknya menerima maklumat rasmi mengenai insiden tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI