fbpx
Antara kucing yang berjaya diselamatkan di Batu 7, Lekir di Sitiawan semalam.

Kucing terkesan banjir dibawa ke ‘hotel’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LUMUT – Sebuah pusat penjagaan dan hotel kucing di Seri Manjung tampil menghulurkan bantuan dengan turun ke kawasan banjir bagi menyelamatkan haiwan peliharaan tersebut yang turut terjejas dengan bencana itu.

Pengusaha Lili Cat Space Manjung, Nor Fariza Rasli, 37, berkata, dia bekerjasama dengan pihak berkuasa seperti Majlis Perbandaran Manjung (MPM), polis, bomba serta Angkatan Pertahanan Awam (APM) bagi tujuan tersebut.

“Setakat ini kita telah menyelamatkan kira-kira 16 daripada 23 ekor kucing yang disasarkan daripada rumah pemilik-pemiliknya, namun masih ada belum berjaya diselamatkan kerana haiwan-haiwan ini menyorok di kawasan seperti bumbung rumah dan almari.

“Ada daripada kucing-kucing ini yang telah dimasukkan ke dalam sangkar untuk tujuan pemindahan oleh tuannya, namun ada juga kita bantu tangkap kerana haiwan itu dalam keadaan ketakutan sehingga lari ke dalam banjir,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Nor Fariza berkata, mereka tidak berputus asa dengan usaha menangkap kucing untuk diselamatkan tersebut dan menjangkakan jumlah berkenaan akan meningkat.

“Bantuan dihulurkan ini hanya bertujuan meringankan beban dan menyediakan tempat selamat bagi haiwan peliharaan berkenaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN