fbpx
Dua wakil syarikat RR Beaute Solution Sdn. Bhd dan Akademi Latihan CTA Sdn Bhd hadir ke Mahkamah Sesyen di Georgetown, Pulau Pinang bagi prosiding kes saman KKM.

KKM saman syarikat sediakan klinik perubatan swasta tidak berdaftar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Kementerian Kesihatan (KKM) mengemukakan saman di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap Syarikat berkenaan, RR Beaute Solution Sdn. Bhd dan Akademi Latihan CTA Sdn Bhd yang didapati menyediakan klinik perubatan swasta tidak berdaftar.

Kedua-dua wakil syarikat berkenaan tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Irwan Suainbon.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua syarikat telah didapati menyediakan suatu klinik perubatan swasta tanpa didaftarkan di bawah Seksyen 27, Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586).

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 4(1) Akta 586 dan boleh dihukum di bawah peruntukan seksyen 5(1)(b) Akta yang sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Prosiding kes dilaksanakan oleh pegawai pendakwa KKM, Dr Mohd Fikri Mohammad Fishoul dan Shamsul Nizam Kassim, manakala tertuduh diwakili peguam, V.Parthipan.

Mahkamah kemudian menetapkan 22 Disember depan untuk serahan dokumen dan pengurusan kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN