fbpx
Tangkap layar video dua individu selepas didakwa membiarkan dua kanak-kanak bermain tanpa pengawasan di dalam tempat permainan sebuah pusat membeli-belah.

‘Kau pergi makan, tinggal anak kau dua jam?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Orang ramai marah dengan tindakan sepasang suami isteri didakwa meninggalkan dua anak mereka bermain di tempat permainan di dalam pusat membeli-belah tanpa pengawasan.

Menerusi video dimuat naik seorang lelaki Thomas Chen pada Instagram, dia memarahi pasangan tersebut selepas mereka kembali semula di tempat permainan itu bagi mengambil anak mereka.

“Boleh ke bagi anak macam tu, biar berapa lama? Dia (penjaga kaunter) tak boleh jaga anak kau. Kau faham ke tak faham? Kau orang Malaysia ke apa? Anak kau hampir hilang, dua kali dia dah keluar.

“Kalau aku tak jaga anak kau, anak kau hilang macam mana? Aku sebab anak aku sini, aku belanja minum air anak kau. Tu tak apa, aku belanja rezeki anak kau.

“Tapi tak boleh hilang macam tu. Apa sekejap, dua jam. Nak tengok CCTV balik, satu jam atau lebih dua jam,” marahnya kepada pasangan tersebut.

Sepanjang perbualan itu, kedua-dua suami isteri itu menafikan mereka meninggalkan dua kanak-kanak di situ kira-kira dua jam.

“Saya bagitahu dengan (penjaga kaunter). Ini kenapa ni? Sorry (maaf) lah sorry. Bukan dua jam lah. Saya pergi makan saja,” kata si bapa.

Hantaran itu mengundang kemarahan orang ramai terhadap dua pasangan tersebut, malah ada yang mencadangkan supaya mereka dikenakan tindakan.

“Puas hati aku dengar abang ni marah mak bapa budak ni,” komen pengguna Instagram Mama Maryam Inara

“Bebal jawapan dia, ‘mana ada dua jam, pergi makan je’. Kau pergi makan tinggal anak kau? Anak kau tak makan ke bebal?,” marah Unohana Anajota.

“Dia ingat budak kat kaunter tu penjaga budak ke? Setengah ibu bapa tak berhak jadi ibu bapa,” kata Korosensei Kun.

Sementara itu, ada pula pengguna Instagram mendakwa, kedua-dua pasangan itu sebenarnya bukan suami isteri.

“Maklumat terkini, perempuan tu teman wanita dia. Bini dia dah ‘berbunyi’,” komen seorang pengguna Instagram.

“Dengar cerita itu skandal bapa dia,” kata seorang lagi individu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN