fbpx
Gambar hiasan

Ini punca ‘banjir terkejut’ di utara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kejadian hujan lebat luar jangka yang menyebabkan beberapa kawasan di Semenanjung mengalami banjir ketika ini berpunca daripada ke­wujudan satu pusaran tekanan rendah yang berlegar di utara Selat Melaka sejak 21 November lalu.

Pakar Meteorologi di Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan dan Institut Sains Samudera dan Bumi Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr. Azizan Abu Samah berkata, fenomena itu menyebabkan hujan lebat tertumpu terutama­nya di kawasan Pantai Barat utara Semenanjung.

Menurutnya, pembentukan te­kanan rendah berlaku dengan sangat cepat dan boleh berubah dalam tempoh 24 jam menjadikan unjuran cuaca sukar diramal secara tepat.

“Perkembangan tekanan rendah ini sangat pantas dan boleh bertukar dalam masa sehari. Sebab itu ketepatan meramal 100 peratus agak mustahil.

“Namun secara regional, ramalan yang dibuat MetMalaysia (Jabatan Meteorologi) dan Thai Me­teorological Service masih be­­rada pada tahap yang baik,” kata­nya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Menurutnya, ketika fasa luruan monsun berlaku, ramalan hu­jan lebat sebenarnya lebih mudah dijangka.

“Bagaimanapun, keadaan men­jadi rumit sekiranya wujud pusaran tekanan rendah yang berin­teraksi dengan angin, bentuk muka bumi serta faktor lautan,” katanya.

Katanya, interaksi tersebut me­wujudkan zon tumpuan awan dan hujan yang berupa­ya menghasilkan hujan lebat berterusan.

“Intensiti tekanan rendah ini kompleks kerana ia melibatkan angin, topografi dan laut. Bi­la wujud zon penumpuan se­perti pusaran tekanan rendah, ia boleh mengatur pembentukan awan dengan lebih efisien dan menyebabkan hujan lebat yang berlarutan,” jelasnya.

Dalam masa sama, Azizan menegaskan episod cuaca ekstrem yang semakin kerap berlaku kini menuntut kesediaan lebih kukuh daripada masyarakat dan kerajaan.

“Kita mesti belajar daripada episod-episod lalu dan memperbaiki kelemahan yang wujud.

“Perubahan iklim membawa cuaca ekstrem yang semakin kom­­pleks dan kadang-kadang ti­dak dijangka. Kita perlu membina komuniti serta ekonomi yang lebih ‘climate resilient’,” katanya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN