fbpx
JAWATANKUASA Rayuan FAM buat keputusan menolak rayuan yang dibuat Selangor FC.

FAM tolak rayuan Selangor FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menolak rayuan Selangor FC berhubung insiden kekecohan yang berlaku ketika aksi Piala FA menentang Negeri Sembilan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), 29 Oktober lalu.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat khas Jawatankuasa Rayuan FAM kali pertama, penggal 2025-2029, hari ini.

“Rayuan Selangor FC terhadap hukuman yang dikenakan selepas didapati bersalah berhubung kes membabitkan kelakuan penyokong mereka dan kegagalan untuk mematuhi obligasi penganjuran pada perlawanan suku akhir 2 Piala FA 2025-2026 telah ditolak.

“Hukuman bermain tanpa penonton (beraksi di stadium kosong) untuk dua perlawanan seterusnya di gelanggang sendiri bagi pertandingan Piala FA, iaitu perlawanan separuh akhir kedua Piala FA 2025-2026, Selangor FC lwn Sabah FC di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada Ahad, 30 November 2025.

“Perlawanan pertama Selangor FC di gelanggang sendiri bagi pertandingan Piala FA pada musim berikutnya, serta denda sebanyak RM100,000 yang diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM pada Jumaat, 14 November adalah dikekalkan,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Baljit Singh Sidhu memaklumkan hukuman berkenaan diputuskan dalam mesyuarat khas kali pertama bagi penggal 2025-2029.

Beliau menjelaskan Selangor FC dikenakan lima pertuduhan yang mana kelab itu didapati bersalah melanggar Artikel 70, Perenggan 1 dan Perenggan 3 Kod Tatatertib FAM bagi pertuduhan 1, 2, 3 dan 4 serta melanggar Artikel 68 Kod Tatatertib FAM yang dibaca bersama Artikel 69 Kod Tatatertib FAM bagi Pertuduhan 5. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN