fbpx
MOHD. YUSOFF

FAM kecam insiden serangan terhadap wartawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengecam sekeras-kerasnya dan menzahirkan sokongan penuh siasatan terperinci dapat dilakukan berhubung insiden serangan terhadap wartawan sukan, Haresh Deol, semalam.

Pemangku Presiden, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata, walaupun badan induk itu sedang mendapat kritikan pedas berhubung isu pemalsuan dokumen pemain waisan, tanggungjawab pihak media tidak pernah dan tidak boleh dinafikan.

“FAM memandang serius laporan mengenai insiden melibatkan wartawan sukan, saudara Haresh Deol, yang didakwa telah diserang oleh dua lelaki di Bangsar, Kuala Lumpur pada Selasa, 26 November 2025.

“FAM mengecam sekeras-kerasnya sebarang bentuk keganasan, intimidasi atau ancaman terhadap mana-mana individu, termasuk para wartawan yang memainkan peranan penting dalam ekosistem sukan negara.

“FAM juga ingin menegaskan bahawa sebarang tindakan agresif atau cubaan menghalang tugas profesional wartawan adalah tidak boleh diterima sama sekali dan tidak mencerminkan semangat kesukanan serta nilai integriti yang diperjuangkan oleh badan induk ini,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 4 petang, semalam.

“FAM berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab dan memastikan keadilan ditegakkan. FAM akan terus bekerjasama rapat dengan pengamal media serta memastikan ruang yang selamat, profesional dan saling menghormati diwujudkan antara semua pihak yang terlibat dalam industri sukan negara.

“Akhir sekali, FAM mendoakan agar saudara Haresh Deol berada dalam keadaan baik dan terus diberikan kekuatan selepas insiden yang tidak diingini ini,” kata Mohd Yusoff. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN