fbpx
ZHAN SHENG didakwa memperdagangkan tiga individu di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini. Foto BAZLAN IBRAHIM

Dalang sindiket jual manusia didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang dalang utama sindiket pemerdagangan manusia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan memperdagangan tiga individu termasuk dua remaja, antara Mac hingga Mei lalu.

Tertuduh, Vincent Sak Zhan Sheng, 22, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Hidayatul Syuhada Shamsudin.

Mengikut kertas pertuduhan, jurujual itu didakwa secara bersama lima individu yang telah dituduh dengan mencapai niat bersama memperdagangkan tiga individu termasuk dua remaja.

Mereka bertindak demikian bagi tujuan eksploitasi kerja ke atas mangsa yang masing-masing berusia 15, 16 dan 26 tahun di sebuah rumah di Jalan Lagenda 34, Taman Lagenda Putra, Kulai antara 23 Mac sehingga 23 Mei 2025.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 12 dan 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 serta dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amirah Tasnem Saleh manakala tertuduh diwakili peguam Datin Freda Sabapathy.

Mahkamah membenarkan ikat jamin sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan selain mengarahkan tertuduh menyerahkan passport serta perlu melapor diri sebulan sekali di balai polis berhampiran selain dilarang menganggu mangsa dan saksi pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 13 Januari tahun depan sebagai tarikh sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI