fbpx
Gara-gara anjing melintas, sebahagian muatan sayur sebuah lori untuk dihantar ke Pasar Selayang di Selangor bertaburan di bahu jalan selepas terbabit kemalangan di kilometer 35, Jalan Seremban-Tampin, di sini, malam semalam. FOTO NOR AINNA HAMZAH

Berterabur sayur atas jalan, lori elak anjing melintas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REMBAU – Gara-gara anjing melintas, sebahagian muatan sayur sebuah lori untuk dihantar ke Pasar Selayang di Selangor bertaburan di bahu jalan selepas terbabit kemalangan di Kilometer 35, Jalan Seremban-Tampin, di sini, malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, penduduk segera menghulurkan bantuan mengangkat sayur serta bekas yang rosak ke tepi jalan dalam kejadian tersebut.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Azmi Ali, punca kejadian adalah disebabkan mengelak anjing melintas jalan dan kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Peraturan 10 LN 166/59).

“Pemandu warga tempatan iaitu lelaki berusia 32 tahun tidak mengalami kecederaan, manakala, penumpang iaitu kelindan lelaki warga Myanmar berusia 37 tahun mengalami luka di siku dan kaki,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI