fbpx
Nancy

Bantuan JKM disasar masuk sebelum 10 hari bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memberi jaminan bahawa pembayaran bantuan kebajikan bulanan seperti Bantuan Kanak-Kanak dan Bantuan Warga Emas akan terus diusahakan supaya masuk selewat-lewatnya 10 hari bulan setiap bulan.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, walaupun jadual itu menjadi sasaran kementerian, masih terdapat sebahagian kecil penerima yang menerima bantuan lewat akibat kelemahan sistem sedia ada yang sudah beroperasi terlalu lama.

“Memang ada penerima yang terima lebih lewat daripada tarikh disasar. Ini kerana sistem lama yang digunakan memerlukan penambahbaikan menyeluruh selepas melalui pelbagai perubahan sehingga kini berada di tahap maksima,” katanya menjawab soalan Cha Kee Chin (PH-Rasah)di Dewan Rakyat hari ini.

Nancy berkata, bagi menyelesaikan isu kelewatan itu, JKM kini sedang membangunkan sistem baharu yang dijangka siap dan beroperasi awal 2027.

Menurutnya, pembayaran bantuan kini dibuat terus ke akaun bank penerima melalui Electronic Funds Transfer (EFT), manakala penerima bebas memilih mana-mana bank yang mudah diakses berhampiran tempat tinggal mereka. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN