fbpx
Anwar (kiri) mengesahkan telah terima surat peletakan jawatan Shamsul Iskandar.

Anwar terima peletakan jawatan Shamsul Iskandar, SPRM bebas siasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan menerima surat peletakan jawatan Setiausaha Politik Kanan beliau, Shamsul Iskandar Mohd. Akin.

Dalam kenyataan hari ini, Anwar menegaskan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bebas menjalankan siasatan segera berhubung tuduhan yang timbul.

“Saya menerima peletakan jawatan Setiausaha Politik Kanan, saudara Shamsul Iskandar Mohd. Akin dan mengucapkan terima kasih atas khidmat beliau. Berhubung tuduhan yang timbul, saya menegaskan bahawa SPRM bebas untuk menjalankan siasatan segera, tanpa sebarang campur tangan luar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Anwar, Kerajaan Madani kekal teguh pada prinsip ketelusan dan integriti, dan memberi ruang kepada proses siasatan mengikut lunas undang-undang.

Semalam Kosmo! melaporkan, Shamsul Iskandar mengumumkan perletakan jawatan sebagai Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri dengan mendakwa terdapat percubaan untuk menyerangnya dengan perkara yang boleh merosakkan imej Kerajaan Madani. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI