fbpx
Gambar hiasan.

655kg daun, 251.5 liter air ketum dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI BULOH – Sebanyak 655 kilogram, 251.5 liter masing-masing daun ketum dan air ketum dirampas dalam Op Pematuhan yang dilaksanakan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Daerah Sungai Buloh di Taman Sri Putra, di sini semalam.

Pengarah JSPT, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, operasi yang dijalankan bermula 12 tengah hari hingga 5 pagi pada 25 dan 26 November lalu itu membawa kepada tangkapan tujuh individu.

Beliau berkata, tangkapan termasuk seorang penjawat awam, yang disyaki terbabit dalam kegiatan penyimpanan, pemprosesan dan pengedaran daun serta air ketum mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

“Pemeriksaan di beberapa kenderaan dan premis kediaman yang dipercayai dijadikan lokasi pemprosesan membawa kepada rampasan daun ketum dalam kuantiti besar, manakala air ketum ditemui disimpan dalam tong ais dan botol pelbagai saiz, dipercayai siap untuk diedarkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, turut disita adalah dua kenderaan bagi membantu siasatan dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM65,000.

Katanya, PDRM memandang serius kegiatan pengedaran ketum kerana ia boleh mengancam keselamatan awam serta mengundang risiko kepada pengguna jalan raya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI