fbpx
Nancy ketika Sesi Jawab Lisan di Dewan Rakyat hari ini. FOTO JAPEN.

556,300 terima bantuan JKM, belanja cecah RM2.28 bilion setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seramai 556,300 individu kini menerima bantuan kebajikan dengan perbelanjaan mencecah RM2.28 bilion setahun, peningkatan besar berbanding lebih 200,000 penerima sebelum ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata lonjakan jumlah penerima itu menunjukkan keperluan menilai semula kadar kelayakan pendapatan terutama di kawasan bandar yang terkesan dengan tekanan kos sara hidup.

“JKM menggunakan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) makanan RM1,169 sebagai rujukan, namun ia bukan satu-satunya kriteria. Keperluan serta keadaan pemohon turut dinilai,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Nancy berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN–Rantau Panjang) berkaitan peratusan penerima produktif dan tidak produktif, keberkesanan program keluar daripada kemiskinan serta keperluan menyemak semula kadar kelayakan pendapatan.

Menurutnya, cadangan untuk menyemak semula kelayakan pendapatan pernah dibangkitkan dan kementerian bersedia membawa perkara itu ke peringkat seterusnya dengan sokongan Ahli Parlimen. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI