GUA MUSANG – Gua Musang, Kuala Krai, Machang dan Tanah Merah mula terjejas banjir susulan hujan lebat yang melanda beberapa kawasan di keempat-empat daerah itu bermula semalam.
Sebelum ini, Kota Bharu, Tumpat, Bachok dan Pasir Puteh dilanda bah apabila kawasan rendah di daerah tersebut dinaiki air.
Portal Info Bencana JKM melaporkan, seramai 243 mangsa daripada 97 keluarga ditempatkan di 15 pusat pemindahan sementara (PPS) yang mula dibuka sejak malam tadi.
“Daripada jumlah itu seramai 59 mangsa di Tanah Merah berlindung di PPS, Kuala Krai (112), Machang (63) dan Gua Musang (9).
“Setakat ini, sebanyak 56 buah PPS dibuka di Kelantan yang menempatkan seramai 9,724 orang mangsa melibatkan di lapan daerah,” katanya.
Sementara itu, laman web publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan, Sungai Golok di Rantau Panjang sudah melepasi paras bahaya dengan 9.17 meter berbanding tahap normal 5 meter. – KOSMO! ONLINE















