fbpx
Kampung Malau, Jitra antara lokasi terjejas teruk di daerah Kubang Pasu. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN

3,049 mangsa banjir di Kedah, 10 sungai lepasi paras bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JITRA – Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat apabila merekodkan seramai 3,049 mangsa daripada 1,021 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga pukul 8 pagi ini.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah, dua daerah terjejas dengan Kubang Pasu masih mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 2,247 orang daripada 783 keluarga berada di 15 PPS.

“Di daerah Kota Setar pula, seramai 802 orang daripada 238 keluarga ditempatkan di dua PPS,” katanya hari ini. Sementara itu, sembilan sungai mencatatkan bacaan melebihi paras bahaya iaitu Sungai Anak Bukit di Taman Aman, Sungai Padang Terap di Kepala Batas, Sungai Perik di Kampung Perik, Wang Tepus (F2) dan Sungai Bata di Kampung Pahana (F2).

Empat lagi Sungai Padang Terap di Pelubang (F2) Sungai Tanjung Pauh di Terusan Utara Mada di Jitra (F2), Kampung Padang Pasir (F2), Sungai Baru di Kampung Sungai Baru (F2) dan Sungai Padang Terap di Kuala Nerang (F2). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN