fbpx
Gambar hiasan.

Wartawan Haresh Deol cedera diserang individu tidak dikenali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Wartawan dan pengasas portal berita, Haresh Deol cedera selepas diserang dua individu tidak dikenali di Bangsar, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook mengesahkan kejadian itu ketika dihubungi sebentar tadi.

“Saya sahkan (kejadian) dan laporan telah dibuat di Pondok Polis Bangsar,” katanya.

Terdahulu, Haresh memuat naik hantaran di Threads mendakwa dia diserang dua individu tidak dikenali.

“Salah seorang (pelaku) merakam video ketika saya diserang dan saya telah membuat laporan polis,” ujarnya.

Sementara itu, Gerakan Media Merdeka (Geramm) mengecam kejadian serangan tersebut dan menyifatkan tindakan mengintimidasi wartawan adalah bertentangan dengan prinsip kebebasan media.

Geramm menuntut agar pihak polis menjalankan siasat berhubung insiden tersebut secara telus, termasuk mengenal pasti motif dan individu yang terlibat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI