PETALING JAYA – “Seram tengok tiang pagar rumah. Rumah dinaiki air, pagar dinaiki makhluk-makhluk berbisa ini.”
Itu perkongsian seorang lelaki berhubung situasi yang dihadapi pada musim banjir di kawasan kediamannya.
Video itu memaparkan beberapa ekor lipan dan serangga ‘memanjat’ dan berkumpul di tiang pagar.
“Hati-hati sahabat-sahabat yang duduk dekat kawasan terkena banjir. Jangan teruja main air.
“Tak sempat ambil (rakam) gambar semalam, ular menjalar atas pagar,” katanya pengguna akaun Amirul Hailmi itu.
Orang ramai meninggalkan pelbagai komen yang mana rata-rata mereka meluahkan rasa ‘geli’ selepas menonton video tersebut.
“Dah banyak sangat lipan bara tu. Kalau takut minta tolong bomba,” kata @Omega_kitchen.
“Ya Allah berselirat, gelinya! Lipan, Ridset mana Ridset,” balas @Dakgemoksgt.
“Aduh, geli-geleman tengok. Harap kekal selamat semua, semoga cepat musibah berlalu,” ujar @Nabilahfikhriah.co. – KOSMO! ONLINE
View on Threads















