fbpx
Tangkap layar polis menghalau sekumpulan kanak-kanak yang bermain air banjir.

[VIDEO] ‘Macam ayah-ayah polis halau budak main banjir’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan sekumpulan kanak-kanak dan remaja bermain air banjir di Seri Manjung, Perak mencuri perhatian apabila mereka diarahkan bersurai oleh pihak polis.

Menerusi perkongsian video di TikTok oleh @amirazizig2k, dilihat mereka berkumpul dan bermain air di kawasan dinaiki banjir sebelum sebuah kereta polis peronda tiba dan mengarahkan mereka pulang.

“Kenapa ramai-ramai ni? Balik, balik, sekarang balik! Dalam kiraan 10 semua balik. Mak bapa pun semua ada. Balik!,” tegur anggota polis peronda melalui pembesar suara.

Lebih menghiburkan, ada juga yang turut membawa pelampung ketika bermain banjir.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-rata turut terhibur dengan tindakan mereka.

“Polis halau balik macam ayah-ayah suruh anak balik saja,” seloroh Rohayu.

“Manjung tidak pernah banjir, sekali banjir tu yang jadi pesta air,” komen Wani Razak.

“Bahaya air tu, tidak bersih, Nanti ada penyakit lain pula datang,” kata @penunubunsen6 – KOSMO! ONLINE

@amirazizig2k ingatkan ada pesta air danok tadi , baru nak join 🤣 #manjungproblem #banjir ♬ bunyi asal – Mhd Aizzat – 028462819463919

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI