fbpx
Tangkap layar video yang dikongsikan Mohd. Nazifuddin memaparkan rakyat Malaysia terperangkap banjir di Hatyai sedang dibantu, semalam.

[VIDEO] Banjir Hatyai: ‘Terima kasih Datuk Nazif bantu kami!’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Alhamdulillah, kami semua dah ada dalam trak untuk ke Danok. Terima kasih Datuk Nazif bawa kami ke Langkawi. Terima kasih banyak bawa kami balik.”

Itu antara ucapan terima kasih yang diterima anak kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin selepas beliau membantu rakyat Malaysia yang terperangkap banjir di Hatyai, semalam.

Perkara itu telah dikongsikan Mohd. Nazifuddin bersama video ketika misi bantuan dijalankan di media sosial miliknya.

“Alhamdulillah, beberapa rakyat Malaysia yang terkandas berjaya diselamatkan,” katanya ringkas pada kapsyen video.

Terdahulu Mohd. Nazifuddin memaklumkan, telah menerima khabar bahawa beberapa rakyat Malaysia dan penduduk Langkawi terkandas di Hatyai akibat hujan lebat serta banjir ketika berada di Sabah untuk tugasan pilihan raya negeri.

“Sebaik dimaklumkan, pegawai konsultasi yang membawa rombongan Langkawi dengan bantuan dan jasa baik Ketua Pemuda di Padang Besar telah menguruskan koordinasi awal di sana.

“Melihat keadaan semakin membimbangkan, saya segera menghubungi pasukan di Langkawi untuk mengambil alih pengurusan penuh dari Langkawi,” ujarnya.

Antara bantuan yang telah diatur dan dihantar beliau adalah pengangkutan berupa trak dari stesen Hatyai ke sempadan Padang Besar, tempat penginapan, makan malam serta keperluan asas seperti susu bayi dan lampin bayi. – KOSMO! ONLINE

@nazifnajib13 Alhamdulillah misi menyelamatkan mangsa banjir beberapa rakyat malaysia di hatyai termasuk penduduk Langkawi berjaya di selamatkan. #hatyai #banjir #fyp #hatyaibanjir ♬ original sound – damdam

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI