fbpx
Tangkap layar seorang lelaki berjaya menangkap seekor ular sawa dengan hanya menggunakan tangan.

[VIDEO] Abang ni tak kosong, ada ilmu cekak ular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA- Melihat kepada cara tenung dan kepantasan tangan seorang lelaki ketika menangkap seekor ular sawa, rata-raya mengatakan ‘abang ini tidak kosong’.

Tular di media sosial, seorang lelaki dengan selamba mencekak kepala seekor ular sawa gergasi di dalam sebuah tali air besar.

Dalam video tersebut, lelaki itu menenung terlebih dahulu kedudukan kepala ular gergasi itu kemudian menangkap reptilia tersebut menggunakan tangan kosong.

Ramai menyatakan, lelaki tersebut berkemungkinan ‘tidak kosong’ atau mempunyai sedikit ilmu dalam berdepan dengan haiwan tersebut.

“Ada ilmu abang ni, tak pun ada geliga ular. Hebat bang… Mohon Bomba tentu lepas, atau dia memang pegawai bomba?” soal Asmahani Ahmad.

“Macam tu je dia cekak kepala ular, besar pula tu,” kata AshnorSZRH.- KOSMO! ONLINE

@norhalinisera Hati-hati hampa wey, jangan leka main ayaq bah (Banjir) sangat.. Tengok-tengok sama kiri kanan ataih bawah😫 📍Depan MCD Kangar, Perlis @KAYAK NAKAWAN PERLIS #perlisbanjir #infobanjir #ular #sawabatik #kayaknakawanperlis ♬ suara asli – FLASH XD – FelesXD

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN