fbpx
Mohd. Azuan ketika sidang akhbar di SMK Seksyen 18 Shah Alam, hari ini. Foto oleh SADDAM YUSOFF / KOSMO!

Tiga sekolah rendah terjejas banjir di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Tiada mana-mana sekolah menengah atau pusat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terjejas akibat banjir atau tanah runtuh di Selangor.

Timbalan Pengarah (Sektor Pembelajaran Sekolah) Selangor, Mohd. Azuan Mohd. Nawawi berkata, berdasarkan rekod setakat ini hanya tiga sekolah rendah terjejas termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) Lee Min dan Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil (SJKT) Ladang Jalan Acob di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang.

Katanya, sebuah lagi adalah SJKT Ghandiji dibawah PPD Kuala Selangor.
“Ketiga-tiga sekolah ini memang sering dilanda banjir atau terkesan sekiranya hujan lebat seperti SJKT Jalan Acob yang terletak di kawasan estet.

“Pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dilakukan bagi murid-murid SJKC Lee Min dan SJKT Ghandiji manakala SJKT Jalan Acob yang tidak mempunyai ramai murid dibenarkan mengikut pembelajaran di sekolah berhampiran ,” katanya pada sidang akhbar selepas meninjau hari pertama peperiksaan bertulis SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 18 di sini hari ini.

Menurut beliau, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Selangor kini dalam proses memindahkan SJKC Lee Min yang kini berada di kawasan rendah ke lokasi yang baharu.

Mohd. Azuan turut menjelaskan, sebanyak tujuh buah sekolah digunakan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi mangsa banjir.

“Ini melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai di Klang selain SK Bukit Kerayong, SK Rantau Panjang dan SK Desa Aman di Kuala Selangor.

“Di samping itu, SK Sungai Serai dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hulu Langat dan SK Shah Alam, Petaling Perdana,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI