fbpx
Gambar hiasan.

Tiga lelaki serang wartawan sukan Haresh Deol diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis mengesan tiga lelaki yang menyerang dan memukul wartawan sukan, Haresh Deol sehingga cedera dalam kejadian berhampiran sebiah pasar raya di Bangsar, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 4 petang.

Katanya, ketika kejadian, mangsa sedang sedang berjalan di kaki lima menghala ke Jalan Telawi di sini sebelum didatangi oleh tiga suspek tersebut.

“Akibat kejadian, mangsa mengalami kecederaan (luka) pada muka, tangan dan badan kerana terjatuh semasa cuba menyelamatkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Identiti ketiga-tiga suspek masih belum dikenal pasti dan tindakan mengesan mereka sedang dijalankan.

Katanya, pegawai penyiasat akan memohon Perintah OTI daripada pihak Timbalan Pendakwa Raya esok bagi mendapatkan kebenaran untuk menjalankan siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Mohd. Adnan Alias di talian 0192162272. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI